selama ini aku agak skeptik
"mana ada perasaan yang begitu kuat..."
tapi bila aku yang sendiri merasai
aku nak katakan lagi
ia benar
tak boleh nak ceritakan
yang tepatnya tiada pun satu perkataan
dapat menjelaskan..
ia misteri..
aku tak pernah buat-buat rasa ini
datangnya hari demi hari
rasa sayang..
macam akar pokok yang teguh
semakin lama semakin mencengkam
rasanya dalam yang paling dalam
gambaran yang aku nampak indah
hingga aku terlupa betapa kotor dunia yang
penuh segala korupsi, putar belit, pembodohan
kerana rasa ini mengatasi segala itu

No comments:
Post a Comment