Thursday, October 15, 2009

dakwah

Hari ni aku melawat blog Ustaz Erfino (http://www.erfino.blogspot.com). Seunik namanya, begitulah personalitinya. Kesempatan bertemunya ketika mengikuti rombongan delegasi pemimpin pelajar Malaysia ke United Kingdom telah membuka mata aku, untuk melihat bagaimana seorang lulusan agama boleh menjadi sangat "cool" dan "blend into the community". Walaupun aku tak banyak berbicara dengan Ustaz Erfino, namun aku kagum dengannya. Mungkin kerana pada dirinya tiada persepsi liar, tiada "attitude" "aku lulusan agama lantas aku lebih Islam", tiada "jubah" memisahkan, tiada "nyanyian itu haram" ditegaskan.
Apa makna berhikmah dalam berdakwah? mungkin Ustaz Erfino ada jawapannya.